Pustaka maya

Dalam calibre, pustaka maya merupakan cara memberitahu calibre hanya paparkan subset dari pustaka biasa. Sebagai contoh, anda mahu buka buku dengan pengarang tertentu, atau buku dengan tag tertentu. Menerusi pustaka maya, ia adalah cara terbaik membahagikan koleksi buku anda kepada sub-koleksi yang lebih kecil. Adalah lebih berkesan memisahkan pustaka anda menjadi beberapa pustaka kecil, bila anda mahu menggelintar keseluruhan koleksi anda, anda hanya kembali ke pustaka penuh anda. Walaubagaimanapun tidak mungkin dapat menggelintar beberapa pustaka yang berlainan secara serentak di dalam calibre.

Pustaka maya adalah berlainan dari penggelintaran biasa. Gelintar hanya hadkan senarai buku yang dipapar dalam senarai buku. Pustaka buku pula melakukan perkara yang serupa, dan juga hadkan masukan yang terpapar dalam Pelayar Tag disebelah kiri. Pelayar Tag hanya akan paparkan tag, pengarang, siri, penerbit, dan lain-lain yang ada dalam buku di dalam pustaka maya. Oleh itu pustaka maya bertindak sebagai pustaka sebenar yang menghadkan sekumpulan buku-buku.

Mencipta Pustaka maya

vlb Untuk guna pustaka maya klik butang Pustaka maya yang terletak disebelah kiri palang gelintar kemudian pilih pilihan Cipta Pustaka maya. Sebagai contoh pertama, mari kita bina pustaka maya yang hanya paparkan buku berdasarkan pengarang tertentu. Klik pautan Pengarang yang ditunjukkn dalam imej di bawah dan pilih pengarang yang anda mahu guna dan klik OK.

_images/vl_by_author.png

Dialog Cipta pustaka Maya telah diisikan untuk anda. Klik OK dan anda akan lihat Pustaka maya baharu telah dicipta, ditukar secara automatik kepadanya, yang hanya papar buku mengikut pengarang terpilih. Sepertimana yang calibre buat, jika pustaka anda hanya mengandungi buku mengikut pengarang terpilih.

Anda boleh tukar kembali ke pustaka penuh pada bila-bila masa dengan mengklik sekali Pustaka maya dan pilih masukan bernama <None>.

Pustaka Maya berasaskan pada penggelintaran. Anda boleh guna mana-mana gelintar sebagai asas pustaka maya. Pustaka maya hanya akan mengandungi buku yang sepadan dengan gelintar tersebut. Mula-mula, taip apa yang anda mahu di dalam palang gelintar atau bina gelintar menggunakan Pelayar Tag. Bila anda suka dengan hasil keputusan, klik butang Pustaka maya, pilih Cipta pustaka dan masukkan nama pustaka maya baharu. Pustaka maya akan dicipta berdasarkan gelintar yang anda telah buat. Gelintar adalah sangat berguna, sebagai contoh perkara yang anda boleh buat dengannya, sila rujuk Antaramuka gelintar.

Contoh pustaka Maya yang berguna

  • Buku ditambah ke dalam calibre pada hari terakhir:
    date:>1daysago
  • Buku ditambah ke dalam calibre pada bulan terakhir:
    date:>30daysago
  • Buku dengan penarafan 5 bintang:
    rating:5
  • Buku dengan penarafan sekurang-kurangnya 4 bintang:
    rating:>=4
  • Buku tanpa penarafan:
    rating:false
  • Muat turun berkala oleh fungsi Dapatkan Berita di dalam calibre:
    tags:=News and author:=calibre
  • Buku tanpa tag:
    tags:false
  • Buku tanpa kulit hadapan:
    cover:false

Mengendalikan Pustaka maya

Anda boleh menyunting pustaka maya yang dicipta sebelum ini atau membuangnya, dengan mengklik Pustaka maya dan pilih tindakan yang berkaitan.

Anda boleh memberitahu calibre yang mana anda mahu sentiasa laksanakan pustaka maya tertentu bila pustaka semasa dibuka, dengan pergi ke Keutamaan → Antaramuka → Kelakuan.

Anda boleh guna secara pantas gelintar semasa sebagai pustaka maya sementara dengan mengklik butang Pustaka maya dan pilih masukan *gelintar semasa.

Anda boleh paparkan semua pustaka maya yang ada berdasarkan tab diatas senarai buku. Ia memudahkan jika anda mahu tukar diantara pustaka maya - pustaka maya secara kerap. Klik butang Pustaka maya dan pilih Tunjuk pustaka maya sebagai tab. Anda boleh menyusun-semula tab dengan seret dan lepas kemudian tutup tab yang anda tidak mahu. Tab yang telah ditutup boleh dikembalikan dengan mengklik-kanan pada palang tab.

Menggunakan Pustaka maya dalam penggelintaran

Anda boleh menggelintar buku yang berada di dalam pustaka maya dengan menggunakan awalan vl:. Sebagai contoh, vl:Read akan mencari semua buku dalam pustaka maya Read. Gelintar vl:Read dan diikuti vl:"Science Fiction" akan mencari semua buku yang berada dalam pustaka maya Read dan Science Fiction.

Nilai vl: berikut mestilah nama pustaka maya. Jika nama pustaka maya mengandungi jarak maka kurung ia dengan tanda petikan.

Salah satu penggunaan gelintar pustaka maya ialah dengan pelayan kandungan. Pada Keutamaan → Perkongsian melalui rangkaian → Perlu namapengguna/katalaluan anda boleh hadkan pustaka calibre yang boleh dilihat oleh pengguna. Bagi setiap pustaka yang kelihatan anda boleh tentukan ungkapan gelintar yang menghadkan buku yang boleh dilihat. Guna vl:"Virtual library name" untuk hadkan buku yang berada di dalam sesebuah pustaka maya.

Menggunaan sekatan tambahan

Anda boleh sekat lagi buku yang terpapar di dalam Pustaka maya melalui Sekatan tambahan. Sekatan tambahan merupakan gelintar tersimpan yang anda buat sebelum ini yang boleh dilaksanakan ke Pustaka Maya semasa untuk menghadkan lagi buku yang terpapar di dalam pustaka maya. Sebagai contoh anda mempunyai buku yang ditag sebagai Fiksyen Bersejarah dan gelintar tersimpan menunjukkan buku belum dibaca, anda boleh klik butang Pustaka Maya dan pilih pilihan Sekatan tambahan untuk hanya paparkan buku Fiksyen Bersejarah yang belum dibaca. Untuk maklumat lanjut mengenai gelintar tersimpan, rujuk Menyimpan gelintar.