Mengurus sub-kumpulan buku, sebagai contoh "genre"

Sesetengah orang mahu mengurus buku dalam pustaka mereka menjadi subkumpulan, serupa dengan subfolder. Sebab paling umum adalah untuk mewujudkan hieraki genre, tetapi ada juga sebab-sebab lain. Seorang pengguna mahu mengurus buku teks mengikut subjek dan kod kursus. Yang lain pula mahu kekalkan jejak hadiah mengikut subjek dan penerima. Tutorial ini akan menggunakan genre sebagai contoh untuk baki pos ini.

Sebelum itu, ambil perhatian kita tidak membincangkan berkenaan folder di dalam cakera keras. Subkumpulan bukanlah folder fail. Buku tidak akan disalin di tempat lain. Struktur fail pustaka calibre tidak juga terlibat. Sebaliknya, kita akan persembahkan satu cara mengurus dan paparkan subkumpulan buku di dalam pustak calibre itu sendiri.

Keperluan yang umumnya disediakan untuk sub-kumpulan seperti genre adalah:

  • Sub-kumpulan (seperti genre) mesti mengandungi (menuju ke) buku, bukan kategori buku. Inilah yang membezakan sub-kumpulan dari kategori pengguna calibre.

  • Sebuah buku boleh berada dalam sub-kumpulan berbilang (genre). Ini juga membezakan sub-kumpulan dari folder fail fizikal.

  • Sub-kumpulan (genre) mesti membentuk satu hieraki; sub-kumpulan boleh mengandungi beberapa sub-kumpulan.

Tag memberikan dua pengelompokan pertama. Jika anda tag sebuah buku dengan genre maka anda boleh gunakan pelayar Tag (atau gelintar) untuk mencari buku dengan genre tersebut iaitu yang pertama. Kebanyakan buku juga mempunyai tag(s) yang serupa iaitu pengelompokan yang kedua. Masalahnya tag tidak dapat memenuhi keperluan yang ketiga. Iaitu ia tidak menyediakan hieraki.

sgtree Fitur hieraki calibre memberikan pengelompokan yang ketiga, keupayaan melihat genre dalam bentuk 'pepohon' dan keupayaan untuk menggelintar buku dengan mudah dalam genre atau sub-genre. Sebagai contoh, anggap struktur genre anda seperti berikut:

Genre
    . History
    .. Japanese
    .. Military
    .. Roman
    . Mysteries
    .. English
    .. Vampire
    . Science Fiction
    .. Alternate History
    .. Military
    .. Space Opera
    . Thrillers
    .. Crime
    .. Horror
    etc.

Dengan menggunakan fitur hieraki, anda boleh lihat genre ini di dalam pelayar Tag dalam bentuk pepohon, seperti yang dipapar dalam imej skrin. Dalam contoh ini aras paling terluar (Genre) ialah lajur suai yang mengandungi genre. Genre yang mengandungi sub-genru muncul dengan simbol segitga kecil sebelahnya. Bila mengklik segitiga tersebut, akan dibuka item dan dipaparkan sub-genre yang dikandunginya, seperti yang anda lihat pada History dan Science Fiction.

Dengan mengklik pada genre dapat menggelintar semua buku dalam genre tersebut atau anak bagi genre tersebut. Sebagai contoh, mengklik Science Fiction memaparkan semua ketiga-tiga genre anak iaitu Alternate History, Military, dan Space Opera. Jika mengklik pada Alternate History akan memaparkan buku dalam genre tersebut, tetapi mengabaikan kedua-dua subgenre Military dan Space Opera. Melainkan, ada buku yang mempunyai genre berbilang. Jika buku tersebut mempunyai kedua-dua genre Space Opera dan Military, maka anda akan dapat melihat buku tersebut jika mengklik pada mana-mana genre. Perihal penggelintaran lebih lanjut di bawah.

Lain-lain perkara yang anda dapati dari imej ialah genre Military muncul sebanyak dua kali, sekali di bawah History dan lagi sekali di bawah Science Fiction. Ini kerana, genre berada dalam bentuk hieraki, walaupun kedua-duanya di bawah genre berlainan. Satu buku boleh berada dalam satu tempat, tempat yang lain, atau (bagi kes ini) kedua-duanya. Sebagai contoh, buku Winston Churchill iaitu "The Second World War" boleh berada dalam genre "History.Military". Manakala, buku David Weber iaitu Honor Harrington boleh ditempatkan dalam genre "Science Fiction.Military", dan juga boleh berada di dalam genre "Science Fiction.Space Opera."

Sebaik sahaja satu genre wujud, sekurang-kurangnya satu buku berada dalam genre tersebut, anda boleh laksanakannya dengan mudah kepada lain-lain buku dengan menyeret buku dalam paparan pustaka ke dalam genre yang anda mahu buku tersebut berada. Anda juga boleh laksanakan genre dalam penyunting data meta; maklumat lebih lanjut di bawah.

Persediaan

Mulai sekarang, persoalan anda mungkin "Bagaimanakah ia boleh dilakukan?" Terdapat tiga langkah iaitu: 1) cipta lajur suai. 2) beritahu calibre lajur baharu dianggap sebagai hieraki, dan 3) tambah genre yang dikehendaki.

Anda boleh mencipta lajur suai dengan cara berikut, melalui Keutamaan -> Tambah lajur anda sendiri. Contoh ini menggunakan "#genre" sebagai nama carian dan "Genre" sebagai pengepala lajur. Jenis lajur ialah "Teks dipisan-tanda-koma, seperti tag, ditunjukkan dalam pelayar Tag."

_images/sg_cc.jpg

Kemudian selepas memulakan semula calibre, anda mesti beritahu calibre bahawa lajur tersebut dianggap sebagai hieraki. Pergi ke Keutamaan -> Penampilan -> Pelayar Tag dan masukkan nama carian "#genre" ke dalam kotak "Kategori dengan item berhieraki". Tekan Laksana, dan tetapan selesai.

_images/sg_pref.png

Pada ketika ini tiada lagi genre di dalam lajur. Kita masih tertinggal langkah terakhir: bagaimana hendak terapkan genre ke dalam sebuah buku. Satu genre tidak akan wujud sehinggalah ia muncul sekurang-kurangnya pada sebuah buku. Untuk mengetahui bagaimana hendak terapkan satu genre buat kali pertama, kita mesti lihat dahulu secara terperinci apakah genre yang ada di dalam data meta sebuah buku.

Hieraki sesuatu 'perkara' dibina dengan mewujudkan item yang mengandungi frasa yang dipisah dengan tanda titik. Berdasarkan contoh sebelum ini, item-item tersebut adalah "History.Military", "Mysteries.Vampire", "Science Fiction.Space Opera", dan lain-lain. Seterusnya untuk mencipta genre baharu, anda boleh pilih buku yang mempunyai genre tersebut, sunting data metanya, dan masukkan genre baharu ke dalam lajur yang anda telah cipta. Berdasarkan contoh terdahulu, jika anda mahu umpuk genre baharu "Comic" dengan sub-genre "Superheroes" pada sebuah buku, anda patut 'sunting data meta' buku (komik) tersebut, pilih tab data meta, dan kemudian masukkan "Comics.Superheroes" yang ditunjukkan seperti berikut (abaikan lain-lain lajur suai):

_images/sg_genre.jpg

Selepas melakukan perkara di atas, anda lihat seperti dalam pelayar Tag:

_images/sg_tb.jpg

Seterusnya dari sini, untuk laksanakan genre baharu pada sebuah buku (anggaplah buku komik), anda sama ada seret buku ke dalam genre, atau tambah ia ke dalam buku menggunakan sunting data meta sepertimana yang dilakukan seperti di atas.

Note

Paparan berhieraki hanya berfungsi jika pelayar Tag ditetapkan untuk mengisih item mengikut nama. Ini adalah lalai dan boleh diperiksa dengan mengklik butang Konfigur di bahagian bawah pelayar Tag.

Menggelintar

_images/sg_search.jpg

Cara termudah menggelintar genre ialah menerusi pelayar Tag, dengan mengklik genre yang anda mahu cari. Klik pada genre dengan anak yang akan tunjukkan buku dengan genre tersebut dan semua genre anaknya. Walaubagaimanapun, ia menimbulkan satu persoalan. Walaupun genre mempunyai anak tidak bermaksud ia bukanlah genrenya sendiri. Sebagai contoh, sebuah buku boleh mempunyai genre "History" tetapi bukannya "History.Military". Bagaimana caranya anda menggelintar buku dengan genre "History" sahaja?

Mekanisma gelintar pelayar Tag tahu jika sesebuah item mempunyai anak. Jika ia ada, dengan mengklik pada item berkitar 5 gelintar selain dari kebiasaannya tiga. Yang pertama ialah tanda tambah hijau biasa, yang menunjukkan pada anda buku dengan genre itu sahaja (contohnya History). Kedua ialah tanda tambah berganda dua (ditunjukkan seperti di atas), yang menunjukkan pada anda buku dengan genre tersebut dan juga semua sub-genre (contohnya History dan History.Military). Yang ketiga ialah tanda tolak merah normal, yang menunjukkan pada anda buku tanpa genre secara tepat. Keempat pula ialah tanda tolak berganda dua, yang menunjukkan pada anda buku tanpa genre tersebut atau sub-genrenya. Akhirnya, kembali ke permulaan, tanpa tanda, bermaksud tiada gelintar.

Sekatan

If you search for a genre then create a saved search for it, you can use the 'restrict to' box to create a Virtual library of books with that genre. This is useful if you want to do other searches within the genre or to manage/update metadata for books in the genre. Continuing our example, you can create a Saved search named 'History.Japanese' by first clicking on the genre Japanese in the Tag browser to get a search into the search field, entering History.Japanese into the saved search field, then pushing the "Save search" button (the green box with the white plus, on the right-hand side).

_images/sg_restrict.jpg

Selepas mencipta gelintar tersimpan, anda boleh gunakannya sebagai sekatan.

_images/sg_restrict2.jpg

Fungsi templat yang berguna

Anda mungkin mahu guna maklumat genre di dalam templat, seperti simpan ke dalam cakera atau hantar ke dalam peranti. Persoalannya, "Bagaimana saya boleh dapatkan nama genre atau nama terluar?" Satu fungsi templat calibre, subitem, menjadikan kerja ini lebih mudah.

Sebagai contoh, anggap anda mahu tambah aras genre paling luar ke templat save-to-disk untuk membuat folder genre, seperti "History/The Gathering Storm - Churchill, Winston". Langkahnya, anda mesti ekstrak aras pertama hieraki dan tambah ia dihadapan bersama-sama dengan tanda slash atau miring untuk menunjukkan ia adalah folder. Templat di bawah menunjukkan bagaimana ia telah siap:

{#genre:subitems(0,1)||/}{title} - {authors}

Sila ruju Bahasa templat untuk maklumat lanjut berkenaan templat dan fungsi subitems().