Panduan Pengguna calibre

calibre merupakan pengurus pustaka e-buku. Ia dapat papar, tukar format dan katalogkan e-buku dalam kebanyakan format e-buku yang popular. Ia juga dapat berkomunikasi dengan kebanyakan peranti pembaca e-buku. Ia dapat mendapatkan data meta buku menerusi sambungan Internet. Ia juga dapat memuat turun surat khabar dan tukar ia menjadi e-buku untuk pembacaan yang lebih mudah. Calibre merupakan platform silang yang dapat dijalankan dalam Linux, Windows dan OS X.

Anda baru sahaja memulakan calibre. Apa perlu dilakukan Sekarang? Sebelum calibre dapat berfungsi dan mengendali e-buku anda, mula-mula anda perlu tahu mengenainya. Seret dan lepas beberapa buah fail e-buku ke dalam calibre, atau klik butang "Tambah buku" dan layar e-buku yang dikehendaki. Selepas menambah buku, ia akan dipapar dalam paparan utama seperti ini:

_images/added_books.png

Selepas anda menyenaraikan buku yang anda sukai, seterusnya anda membaca buku-buku tersebut. Sebelum itu, anda perlu tukar format buku tersebut ke dalam format yang pembaca ebuku anda fahami. Kali pertama menjalankan calibre, guilabel:Bestari aluan akan mula memasang dan menetapkan calibre untuk peranti pembaca anda. Proses pertukaran format adalah cepat dan mudah. Hanya pilih buku yang dikehendaki, kemudian klik butang "Tukar format buku". Abaikan semua pilihan buat masa ini, terus klik "OK". Ikon kecil di bucu bawah kanan akan mula berputar. Seusai berputar, buku anda sudah ditukarkan formatnya. Klik butang "Lihat" untuk membaca buku tersebut.

Jika anda mahu membaca ebuku di dalam pembaca ebuku, sambungkan dengan komputer, tunggu sehingga calibre mengesannya (10-20 saat) kemudian klik butang "Hantar ke peranti". Bilamana ikon berhenti berpusing, tanggalkan pembaca ebuku anda dan boleh terus membaca! Jika anda tidak menukar format buku dalam langkah terdahulu, calibre akan auto-tukar ebuku tersebut dalam format pembaca anda fahami.

Untuk memulakan calibre dengan penggunaan lanjutan, anda disaran membaca dahulu Antarmuka Pengguna Bergrafik. Dan lebih mendalam, baca Antaramuka Baris Perintah. Anda akan dapati terdapat senarai Soalan Kerap Ditanya yang berguna.

Jika anda ada soalan, atau mahu berbincang berkenaan calibre dengan pengguna lain ataupun mahu dapatkan bantuan perkara-perkara khusus, telah disediakan 'forum dan lain-lain sumber bantuan yang disediakan <https://calibre-ebook.com/help>`_.

An e-book version of this User Manual is available in EPUB format, AZW3 (Kindle Fire) format and PDF format.

Seksyen