Pelihat E-buku

calibre menyertakan pelihat e-buku terbina-dalam yang dapat melihat semua format e-buku utama. Pelihat E-buku ini boleh diubahsuai dan mempunyai banyak fitur lanjutan.

Memulakan pelihat E-buku

Anda boleh lihat mana-mana buku di dalam pustaka calibre anda dengan memilih buku dan menekan butang Lihat. Ia akan membuka buku di dalam pelihat E-buku. Anda juga boleh lancarkan pelihat E-buku melalui Menu Mula di dalam Windows atau menggunakan perintah ebook-viewer dalam Linux dan OS X (anda perlu memasang alat baris perintah di dalam OS X terlebih dahulu menerusi Keutamaan → Lanjutan → Pelbagai).

Penyuaian penampilan bagi pembacaan anda

Anda boleh terus mengubah saiz fon dengan menggunakan butang saiz fon fontsizei. Anda juga boleh menjadikan pelihat berskrin penuh dengan menekan butang Skrin Penuh fsi. Seterusnya dengan mengklik butang Keutamaan prefbi, anda boleh menukar fon lalai yang diguna oleh pelihat seperti saiz fon lalai ketika pelihat dimulakan.

Terdapat penyuaian lanjutan boleh dilakukan dengan tetapan Lembaran gaya pengguna. Lembaran gaya yang ditetapkan ini boleh dilaksana pada setiap buku. Penggunaannya membolehkan anda buat beberapa perkara seperti teks putih dalam latar belakang hitam, ubah gaya perenggan, wajaran teks, dan lain-lain. Contoh penggunaan lembaran gaya suai oleh pengguna, rujuk forum.

Carian kamus

Anda boleh mencari maksud perkataan di dalam buku dengan mengklik kanan pada perkataan tersebut. Calibre menggunakan pelayan kamus awam di dict.org untuk mencari maksud perkataan tersebut. Takrifannya dipapar dalam satu kotak kecil di bahagian bawah skrin.

Penyalinan teks dan imej

Anda boleh memilih teks dan imej dengan menyeret kandungan tersebut dengan tetikus dan kemudian klik kanan untuk salin ke papan keratan. Bahan yang telah disalin boleh ditampal dalam aplikasi lain sebagai teks dan imej.