Glosari

RSS

RSS (Really Simple Syndication) iaitu Pensindiketan Sangat Ringkas merupakan format suapan sesawang yang digunakan untuk menerbitkan kandungan dikemaskini secara kerap, seperti artikel berita, pos blog dan lain-lain. Ia adalah format yang biasanya sesuai dibaca menerusi komputers, dan cara terbaik mendapatkan kandungan daripada sesawang ke dalam e-buku. Terdapat pelbagai format suapan yang digunakan di Internet, dan calibre memahaminya. Dengan cara ini, ia mempunyai sokongan yang baik dengan format ATOM, yang biasanya digunakan untuk blog.

resepi

Resepi adalah satu set arahan yang mengajar calibre bagaimana hendak tukarkan sumber berita atas talina, seperti majalah atau blog, menjadi e-buku. Resepi adalah dari kod Python. Oleh itu, ia berupaya menukar sumber berita arbitari yang kompleks kepada sebuah ebuku. Pada tahap paling mudah, ia hanyalah satu set pembolehubah, seperti URL, yang memberikan calibre maklumat yang mencukupi untuk pergi ke Internet dan muat turun berita yang dikehendaki.

HTML

HTML (Hyper Text Mark-Up Language), atau Bahasa Penanda Teks Hiper iaitu subset bagi Bahasa Penanda Am Piawai (SGML) untuk penerbitan elektronik, merupakan piawaian khusus yang digunakan untuk Dunia Internet iaitu World Wide Web.

CSS

CSS (Cascading Style Sheets) atau Lembaran Gaya Lata merupakan bahasa yang digunakan untuk menjelaskan bagaimana dokumen HTML harus diterapkan (penggayaan visual).

API

API (Application Programming Interface) iaitu Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi merupakan antaramuka kod sumber yang mana pustaka sediakan untuk menyokong permintaan perkhidmatan yang dibuat padanya oleh program komputer.

LRF

LRF Format e-buku yang boleh dibaca oleh pembaca e-buku SONY.

URL

URL (Uniform Resource Locator) atau Pelokasi Sumber Seragam contohnya: http://contoh.com

regexp

Regular expressions provide a concise and flexible means for identifying strings of text of interest, such as particular characters, words, or patterns of characters. See regexp syntax for the syntax of regular expressions used in Python.