Penciptaan Katalog AZW3 • EPUB • MOBI

Fitur Cipta katalog calibre membolehkan anda cipta satu katalog bagi pustaka anda dalam pelbagai format. Ia membantu fail menjelaskan pilihan katalog bila menjana katalog dalam format AZW3, EPUB dan MOBI.

Memilih buku untuk dikatalogkan

Jika anda mahu semua pustaka anda dikatalogkan, buang mana-mana kriteria gelintar atau penapisan dalam tetingkap utama. Dengan satu buku terpilih, semua buku dalam pustaka anda akan menjadi calon untuk disertakan dalam katalog yang hendak dijana. Buku secara individu boleh diasingkan dengan pelbagai kriteria; sila rujuk seksyen Genre diasingkan di bawah untuk maklumat lanjut.

Jika anda mahu hanya sebahagian dari pustaka anda dikatalogkan, anda ada dua pilihan:

  • Cipta pemilihan berbilang bagi buku yang mahu dikatalogkan. Jika lebih dari sebuah buku terpilih dalam tetingkap utama calibre, hanya buku terpilih ini sahaja akan dikatalogkan.

  • Guna medan Gelintar atau pelayar Tag untuk menapis buku yang dipapar. Hanya buku dipapar akan dikatalogkan.

To begin catalog generation, select the menu item Convert books > Create a catalog of the books in your calibre library. You may also add a Create catalog button to a toolbar in Preferences > Interface > Toolbars & menus for easier access to the Generate catalog dialog.

Catalog options

Dalam Pilian katalog, pilih AZW3, EPUB atau MOBI sebagai Format katalog. Pada medan Tajuk katalog, masukkan nama yang akan digunakan untuk katalog yang dijana. Jika terdapat katalog dengan nama dan format yang sama, ia akan ditulis-ganti dengan katalog terjana yang baharu.

Catalog send to device

Membenarkan Hantar katalog ke peranti secara automatik akan memuat turun katalog terjana ke peranti bersambung.

Seksyen disertakan

Included sections

Seksyen yang dibenarkan dengan tanda semak akan disertakan dalam katalog terjana:

  • Pengarang - semua buku, diisih oleh pengarang, hadir dalam format senarai. Buku bukan-bersiri tersenarai sebelum buku bersiri.

  • Tajuk - semua buku, diisih mengikut tajuk, hadir dalam format senarai.

  • Siri - semua buku yang merupakan sebahagian dari siri, hadir dalam format siri.

  • Genre - genre secara individu hadir dalam senarai, diisih mengikut Pengarang dan Siri.

  • Ditambah Baru-Baru Ini - semua buku, diisih dalam tertib kronologi songsang. Senarai termasuklah buku ditambah dalam tempoh 30 terakhir, kemudian mengikut penyenaraian bulanan bagi buku yang ditambah.

  • Keterangan - halaman keterangan terperinci bagi setiap buku, termasuklah lakaran kenit kulit buku dan ulasan. Diisih mengikut pengarang, dengan buku tanpa-siri tersenarai sebelum buku bersiri.

Awalan

Prefix rules

Peraturan awalan membolehkan anda tambah awalan ke penyenaraian buku bila kriteria tertentu dipenuhi. Sebagai contoh, anda mungkin mahu tambah buku yang telah dibaca dengan tanda semak, atau buku dalam senarai impian anda dengan tanda X.

Kotak tanda pada lajur pertama membenarkan peraturan. Nama ialah nama peraturan yang anda sediakan. Medan adalah sama ada Tag atau ajur suai dari pustaka anda. Nilai pula merupakan kandungan Medan yang dipadankan. Bila peraturan awalan dipenuhi, buku akan ditanda dengan Awalan terpilih.

Tiga peraturan awalan telah dinyatakan dalam contoh di atas:

  1. Baca buku menyatakan buku dengan mana-mana tarikh dalam lajur suai bernama Terakhir dibaca akan diawali dengan simbol tanda semak.

  2. Item Senarai Impian menyatakan mana-mana buku dengan tag Senarai Impian akan diawali dengan simbol X.

  3. Buku pustaka' menyatakan mana-mana buku dengan nilai Benar (atau Ya) dalam lajur suai :guilabel:`Tersedia dalam Pustaka akan diawali dengan simbol anak panah berganda dua.

Peraturan pemadanan pertama bekalkan awalan. Peraturan dilumpuhkan atau tidak lengkap diabaikan.

Buku diasingkan

Excluded books

Peraturan pengasingan membolehkan anda nyatakan buku yang tidak dikatalogkan.

Kotak tanda pada lajur pertama membenarkan peraturan. Nama ialah nama peraturan yang anda sediakan. Medan adalah sama ada Tag atau lajur suai dari pustaka anda. Nilai pula merupakan kandungan Medan yang dipadankan. Bila peraturan pengecualian dipenuhi, buku akan diasingkan dari katalog yang dijana.

Dua peraturan telah dinyatakan dalam contoh di atas:

  1. Item Katalog menyatakan mana-mana buku dengan tag Katalog akan diasingkan dari katalog yang dijana.

  2. Peraturan buku Diarkib' menyatakan mana-mana buku dengan nilai :guilabel:`Diarkib dalam lajur suai Status akan diasing dari katalog yang dijana.

Semua peraturan dinilai bagi setiap buku. Peraturan dilumpuhkan atau tidak lengkap akan diabaikan.

Genre diasingkan

Excluded genres

Bila katalog dijana, tag dalam pangkalan data anda digunakan sebagai genre. Sebagai contoh, anda boleh guna tag Fiksyen dan Bukan Fiksyen. Tag ini menjadi genre dalam katalog yang dijana, dengan buku tersenarai di bawah senarai genre mereka masing-masing yang berdasarkan pada tag yang telah diumpukkan. Satu buku akan disenarai dalam setiap seksyen genre yang mana ia mempunyai tag berkenaan.

Anda boleh guna beberapa tag untuk lain-lain tujuan, mungkin tanda + untuk menunjukkan buku sedang dibaca, atau tag kurungan seperti [Amazon Freebie] untuk menunjukkan sumber buku. Ungkapan nalar Genre diasing membolehkan anda nyatakan tag yang anda tidak mahu guna sebagai genre di dalam katalog yang dijana. Pola ungkapan nalar pengecualian lalai \[.+\]\+ asingkan mana-mana tag dalam bentuk [tag], begitu juga pengecualian +, tag lalai untuk buku dibaca, daripada digunakan sebagai genre dalam katalog yang dijana.

Anda juga boleh guna nama tag sebenar dalam ungkapan nalar. Sebagai contoh, [Amazon Freebie] atau [Project Gutenberg]. Jika anda mahu senaraikan tag sebenar berbilang untuk pengecualian, letak aksara paip (garis menegaker) diantara mereka: [Amazon Freebie]|[Project Gutenberg].

Keputusan ungkapan nalar menunjukkan tag yang manakah akan diasing bila katalog dibina, berdasarkan pada tag dalam pangkalan data anda dan juga pola ungkapan nalar yang anda masukkan. Keputusan dikemaskini bilamana anda mengubahsuai pola ungkapan nalar.

Pilihan lain

Other options

Kulit hadapan katalog menyatakan sama ada mahu jana kulit buku baharu atau guna kulit buku sedia ada. Selain boleh juga hasilkan kulit buku suai untuk katalog anda - sila rujuk Kulit buku katalog suai untuk maklumat lanjut. Jika anda telah hasilkan kulit buku suai yang mana anda mahu guna semula, pilih Guna kulit buku sedia ada. Jika tidak, pilih Jana kulit buku baharu.

Nota keterangan ekstra menyatakan kandungan lajur suai yang disisip ke dalam laman Keterangan, disebelah lakaran kenit kulit buku. Sebagai contoh, anda mungkin mahu paparkan tarikh terakhir buku dibaca menggunakan lajur suai Terakhir Dibaca. Untuk penggunaan lanjutan fitur nota Keterangan, sila rujuk pos ini dalam forum calibre.

Lebar lakaran kenit menyatakan keutamaan lebar untuk lakaran kenit kulit buku yang disertakan dengan laman Keterangan. Lakaran kenit dicache untuk menambahbaik prestasi. Walaubagaimanapun, untuk menguji lebar yang berlainan, cuba jana katalog dengan beberapa buah buku sehingga anda puashati dengan lebar pilihan anda, kemudian jana katalog lengkap anda. Kali pertama katalog dijana dengan lebar lakaran kenit baharu, prestasi calibre menjadi sedikit perlahan, lama-kelamaan binaan katalog yang berikutnya akan gunakan kelebihan cache lakaran kenit.

Merge with comments specifies a custom column whose content will be non-destructively merged with the comments metadata during catalog generation. For example, you might have a custom column Author bio that you'd like to append to the comments metadata. You can choose to insert the custom column contents before or after the comments section, and optionally separate the appended content with a horizontal rule separator. Eligible custom column types include text, comments, and composite.

Kulit buku katalog suai

cc Dengan Pemalam Jana Kulit Buku dipasang, anda boleh hasilkan kulit buku suai untuk katalog anda. Untuk memasang pemalam, pergi ke Keutamaan > Lanjutan > Pemalam > Dapatkan pemalam baharu.

Sumber bantuan tambahan

Untuk maklumat lanjut berkenaan fitur Katalog calibre, sila rujuk sticky forum MobileRead Creating Catalogs - Mula di sini, di mana anda boleh cari maklumat bagaimana hendak suaikan templat katalog, dan bagaimana hendak menyerahkan laporan pepijat.

Untuk menanya soalan atau berbincang tentang fitur Katalog calibre dengan lain-lain pengguna, lawati forum MobileRead Katalog Calibre.