Membandingkan e-buku¶
calibre menyertakan satu alat pembandingan e-buku bersepadu yang mana boleh digunakan untuk lihat apakah perubahan di dalam e-buku selepas penyuntingan atau pertukaran format. Ia boleh membandingkan buku dalam format EPUB dan AZW3.
Untuk menggunakannya, sama ada buka e-buku dalam alat untuk sunting dan kemudian klik Fail → Banding dengan buku lain atau guna panel perincian_buku. Jika anda membuat pertukaran format dari EPUB ke EPUB, fail EPUB asal akan disimpan sebagai ORIGINAL_EPUB. Hanya klik kanan pada masukan ORIGINAL_EPUB di dalam panel Perincian Buku dan pilih Banding dengan format EPUB.
Alat pembandingan yang dibuka akan kelihatan seperti dalam cekupan skrin di bawah. Ia menunjukkan perbezaan terhadap teks, gaya dan imej di dalam buku yang dipilih.
Memahami paparan perbandingan¶
Sepertimana yang ditunjukkan pada cekupan skrin di atas, paparan perbandingan menunjukkan perbezaan diantara dua buku secara sebelah-menyebelah. Hanya perbezaan, dengan beberapa baris konteks disekitarnya ditunjukkan. Ia memudahkan apa yang berubah di dalam dokumen bersaiz besar terutamanya buku.
Tambahan teks ditunjukkan dengan latar belakang hijau, teks dibuang dengan latar belakang merah dan teks berubah dengan latar belakang biru.
Bilangan baris bagi semua teks berubah ditunjukkan disisi, memudahkan pergi ke perubahan tersebut di dalam penyunting. Bila anda buka alat pembandingan di dalam penyunting, anda juga boleh dwi-klik pada baris pada panel kanan untuk pergi ke baris tersebut dalam penyunting secara automatik.
Satu teknik berguna bila membuat perbandingan buku adalah dengan memberitahu alat perbandingan untuk mencantikkan fail teks dan gaya sebelum mengira perbezaan. Ia menghasilkan perbezaan yang lebih bersih dan mudah diikuti. Untuk membuatnya, klik butang Pilihan di sebelah bawah-kanan dan pilih Cantikkan fail sebelum membuat perbandingan. Perhatian proses ini kadangkala menghasilkan kesan yang tidak diingini, seperti penanda menjadi tidak sah dan perlu diubah kembali supaya ia sah semula. Anda juga boleh menukar nombor baris konteks yang menunjukkan perbezaan melalui butang Pilihan.
Anda boleh gelintar mana-mana teks dalam perbezaan melalui palang gelintar di bahagian bawah. Anda perlu nyatakan panel yang hendak digelintarkan, Kiri atau Kanan.
Melancarkan alat perbandingan¶
Alat perbandingan sangat berguna jika anda mempunyai dua versi buku yang serupa dan anda mahu lihat perbezaan diantara mereka. Terdapat beberapa cara untuk melancarkan alat ini.
Membandingkan dua fail e-buku¶
Buka fail pertama dalam alat sunting. Sekarang klik Fail → Banding dengan buku lain dan pilih fail kedua (ia mesti dalam format yang sama). Paparan perbandingan akan dibuka dengan fail yang disunting sebelah kanan dan fail kedua sebelah kiri.
Membandingkan ORIGINAL_FMT dengan FMT¶
Bila anda membuat pertukaran format dalam calibre dari FMT ke format asalnya, fail asal akan disimpan sebagai ORIGINAL_FMT. Anda dapat lihat apa yang telah berubah selepas pertukaran format, dengan mengklik-kanan masukan ORIGINAL_FMT dalam panel perincian_buku pada tetingkap utama calibre dan memilih Banding dengan FMT. Paparan perbandingan akan dibuka dengan ORIGINAL_FMT disebelah kiri dan FMT disebelah kanan.
Membandingkan titik semak pada keadaan semasa buku ketika menyunting¶
Alat sunting mempunyai fitur yang sangat berguna, iaitu titik semak. Ia membolehkan anda simpan keadaan semasa buku dengan nama checkpoint, yang mana anda boleh kembali semula jika anda tidak suka perubahan yang dibuat selepas titik semak. Titik semak juga dicipta secara automatik bila anda membuat pelbagai tindakan berautomatik dalam penyunting. Anda boleh lihat senarai titik semak dengan pergi ke Lihat → Titik Semak dan kemudian guna butang Banding untuk membandingkan buku pada titik semak terpilih dengan keadaan semasa. Alat perbandingan akan menunjukkan titik semak disebelah kiri dan keadaan semasa disebelah kanan.