Menyunting data meta e-buku

E-buku didatangkan dalam semua bentuk dan saiz yang selalunya data metanya (perkara seperti tajuk/pengarang/siri/penerbit) tidak lengkap atau salah. Cara termudah adalah dengan menukar data meta dalam calibre dengan hanya mengklik dua kali pada masukan dan taip pada kedudukan yang betul. Untuk penyuntingan lanjutan, "power editing" gunakan alat data meta yang dijelaskan di bawah.

Menyunting data buku sebuah buku pada satu masa

Klik pada buku yang mahu disunting dan kemudian klik butang Sunting data meta atau tekan kekunci E. Satu dialog dibuka yang membolehkan anda sunting semua aspek berkenaan data meta. Ia mempunyai pelbagai fitur yang menjadikan penyuntingan lebih pantas dan lebih efisyen. Senarai tip atau petua yang kerap digunakan:

  • Anda boleh klik butang diantara tajuk dengan pengarang untuk menyilih mereka secara automatik.

  • Anda boleh klik butang disebelah isih pengarang untuk membolehkan calibre mengiisi secara automatik menggunakan nilai terisih yang tersimpan dalam setiap pengarang. Gunakan dialog Urus pengarang untuk lihat dan ubah nilai isih pengarang. Dialog ini boleh dibuka dengan mengklik dan menahan butang disebelah isih pengarang.

  • Anda boleh klik butang disebelah tag untuk guna :guilabel:'Penyunting Tag' yang mana ia boleh digunakan untuk mengurus tag yang berkaitan dengan buku tersebut.

  • Kotak "Ids" boleh digunakan untuk masukkan ISBN (dan lain-lain jenis id), ia akan berlatar belakang warna merah jika anda masukkan ISBN yang salah. Ia bertukar ke warna hijau jika ISBN yang sah dimasukkan.

  • Kotak isih pengarang akan menjadi merah jika nilai isih pengarang berlainan dari apa yang calibre sepatutnya dicadangkan.

Memuat turun data meta

Fitur tebaik bagi dialog sunting data meta ialah keupayaannya mengisi secara automatik kebanyakan medan data dengan mendapatkan data meta dari pelbagai laman sesawang. Buat masa ini, calibre menggunakan isbndb.com, Google Book, Amazon dan Library Thing. Muat turun data meta digunakan untuk mengisi maklumat dalam Tajuk, pengarang, siri, tag, penarafan, keterangan dan ISBN untuk anda.

Untuk memuat turun data meta, isikan medan tajuk dan pengarang dan klik butang Dapatkan data meta. calibre akan sediakan kepada anda satu senarai buku yang hampir sepadan dengan tajuk dan pengarang tersebut. Jika anda isi medan ISBN dahulu, ia akan gunakannya dalam keutamaan dengan tajuk dan pengarang. Jika tiada padanan ditemui, cuba perincikan lagi penggelintaran anda dengan menyertakan beberapa kata kunci dalam tajuk dan nama akhir pengarang sahaja.

Mengurus format buku

Dalam calibre, satu masukan buku boleh mempunyai pelbagai jenis format berkaitan dengannya. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan Complete Works of Shakespeare dalam format EPUB dan kemudian tukar format menjadi MOBI untuk dibaca dengan Kindle anda. calibre secara automatik mengurus pelbagai jenis format untuk anda. Dalam seksyen Format yang tersedia bagi dialog Sunting data meta, anda boleh ubah format-format ini. Anda boleh tambah juga format baharu, padam format sedia ada dan juga tanya calibre untuk tetapkan data meta serta kulit buku bagi masukan buku dari salah satu data buku dalam format-format tersebut.

Perihal kulit buku

Anda boleh minta calibre memuat turun kulit buku untuk anda, dengan syarat buku mempunyai ISBN. Selain itu, anda boleh tentukan satu fail dalam komputer anda untuk digunakan sebagai kulit buku. calibre juga boleh menjana kulit buku lalai dengan maklumat data meta asas untuk anda. Anda boleh seret dan lepas imej ke dalam kulit buku untuk mengubahnya dan juga boleh klik-kanan untuk salin/tampal imej kulit buku.

Selain itu, terdapat satu butang yang dapat mengerat sempadan kulit buku secara automatik, jika kulit buku anda mempunyai sempadan yang tidak menarik.

Menyunting data buku lebih dari sebuah buku pada satu masa

First select the books you want to edit by holding Ctrl or Shift and clicking on them. If you select more than one book, clicking the Edit metadata button will cause the Bulk metadata edit dialog to open. Using this dialog, you can quickly set the author/publisher/rating/tags/series etc of a bunch of books to the same value. This is particularly useful if you have just imported a number of books that have some metadata in common. This dialog is very powerful, for example, it has a Search and replace tab that you can use to perform bulk operations on metadata and even copy metadata from one column to another.

Dialog sunting data meta biasa ini juga mempunyai butang Berikutnya and Terdahulu yang mana anda boleh guna untuk menyunting data meta beberapa buah buku secara satu demi satu.

Gelintar dan ganti

Dialog Sunting data meta pukal membolehkan anda lakukan operasi gelintar dan ganti secara arbitari pada buku terpilih. Secara lalai ia guna gelintar dan ganti teks mudah, tetapi ia juga menyokong ungkapan nalar. Untuk mengetahui berkenaan ungkapan nalar, sila rujuk Semua berkenaan penggunaan ungkapan nalar di dalam calibre.

As noted above, there are two search and replace modes: character match and regular expression. Character match will look in the Search field you choose for the characters you type in the search for box and replace those characters with what you type in the replace with box. Each occurrence of the search characters in the field will be replaced. For example, assume the field being searched contains a bad cat. If you search for a to be replaced with HELLO, then the result will be HELLO bHELLOd cHELLOt.

Jika medan yang anda gelintar pada medan 'berbilang' seperti tag, maka setiap tag diurus secara berasingan. Sebagai contoh, jika tag anda mengandungi perkataan 'Horror, Scary', ungkapan gelintar 'r,' tidak akan dipadankan keran ungkapan yang pertama dilaksanakan pada 'Horro' kemudian pada 'Scary'.

Jika anda mahu proses gelintar mengabaikan perbezaan huruf besar/huruf kecil, buang tanda pada kotak 'Sensitif kata'.

Anda boleh suruh calibre menukar huruf besar/huruf kecil pada hasil gelintar (maklumat selepas penggantian telah berlaku) dengan memilih salah satu fungsi dari kotak 'Laksana fungsi selepas ganti'. Operasi yang tersedia adalah:

  • Hurud kecil -- ubah semua aksara dalam medan menjadi huruf kecil

  • Huruf besar -- ubah semua aksara dalam medan menjadi huruf besar

  • Kata tajuk -- hanya huruf besar pada huruf pertama dalam hasil gelintar.

Kotak Ujian anda membolehkan anda masukkan teks untuk memeriksa sama ada gelintar/ganti melakukan proses yang menepati kehendak anda. Dalam kebanyakan kata, kotak uji buku adalah mencukupi, tetapi berkemungkinan terdapat beberapa kata yang mana anda mahu periksa tidak ditunjukkan dalam kotak tersebut. Masukkan kata tersebut ke dalam Ujian anda.

Mod ungkapan nalar mempunyai beberapa perbezaan dari mod aksara. Yang pertama fungsi dilaksana pada bahagian rentetan yang sepadan dengan rentetan gelintar, tetapi bukan keseluruhan medan. Kedua adalah fungsi yang dilaksana pada rentetan penggantian, bukan pada keseluruhan medan.

Ketiga dan paling penting ialah rentetan ganti boleh dijadikan rujukan pada bahagian rentetan gelintar dengan menggunakan rujukan belakang atau backreference. Rujukan berlakang ialah \\n yang mana n merupakan integer yang dirujuk pada sekumpulan terkurung yang ke-n dalam ungkapan gelintar. Sebagai contoh, berdasarkan contoh yang sama di atas, a bad cat, a ungkapan nalar a (...) (...), dan ungkapan ganti a \2 \1, hasilnya akan menjadi a cat bad. Sila rujuk Semua berkenaan penggunaan ungkapan nalar di dalam calibre lagi berkenaan rujukan belakang.

Satu pola berguna: anggap anda mahu mengubah huruf keseluruhan medan. Cara termudah membuatnya dengan menggunakan mod aksara, buat masa ini kita gunakan mod ungkapan nalar. Ungkapan gelintar seharusnya (.*) ungkapan ganti seharusnya \1, dan fungsi huruf yang mahu diubah perlu dipilih.

Akhir sekali, dalam mod ungkapan nalar anda boleh salin nilai dari satu medan ke medan yang lain. Hanya jadikan medan sumber dan destinasi berlainan. Salinan boleh gantikan medan destinasi, pra-tambah ke medan (di hadapan), atau tambah ke medan (di hujung). Kotak tanda 'guna koma' memberitahu calibre untuk (atau tidak) menambah tanda koma diantara teks dengan medan destinasi dama mod pra-tambah dan mod tambah. Jika terdapat destinasi berbilang (iaitu, tags), maka anda tidak boleh nyahtanda kotak ini.

Proses gelintar dan ganti selepas selepas semua lain-lain perubahan data meta dalam lain-lain tab dilaksanakan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan, kerana kotak uji akan tunjukkan maklumat sebelum perubahan lain, tetapi operasi akan dilaksanakan selepas perubahan yang lain. Jika anda masih ragu berkenaan apa yang telah berlaku, jangan campurkan gelintar/ganti dengan lain-lain perubahan.

Memuat turun data meta secara pukal

Jika anda mahu muat turun data meta untuk buku berbilang pada satu masa, klik-kanan pada butang Sunting data meta dan pilih Muat turun data meta. Anda boleh pilih untuk muat turun data meta, kulit buku, atau kedua-duanya sekaligus.